- JBS Kelantan
- Hits: 13
LANGKAH CEMERLANG BELIA PASIR PUTEH KE ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA
- JBS Kelantan
- Hits: 13
PASIR PUTEH, 27 APRIL 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menghantar dua orang ahli kelab belia sebagai wakil daerah Pasir Puteh bagi menyertai sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung pada 26 April 2026 yang lalu.
Bagi Kategori Individu Lelaki, daerah Pasir Puteh diwakili oleh Saudara Ahmad Fakrur Razi bin Rajab, Setiausaha Kelab Belia Semerak manakala bagi Kategori Individu Wanita pula diwakili oleh Saudari Wan Siti Sulihah binti Wan Salleh, Ahli Jawatankuasa Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Puteh.
Penyertaan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, kepimpinan serta sumbangan aktif kedua-dua wakil dalam pembangunan belia dan penglibatan mereka dalam pelbagai program kemasyarakatan serta kesukarelawanan.
Turut hadir memberikan sokongan sepanjang sesi penilaian tersebut ialah Puan Masyitah Fadilla binti Rosdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang sentiasa komited dalam memastikan pembangunan belia daerah terus diperkasakan.
Semoga penyertaan ini menjadi pemangkin semangat kepada lebih ramai belia di daerah Pasir Puteh untuk terus aktif, berdaya saing dan cemerlang dalam pelbagai bidang, seterusnya mengharumkan nama daerah di peringkat yang lebih tinggi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
