- JBS Kelantan
- Hits: 58
Program Inspire Eksplorasi OKU Peringkat Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 58
PASIR PUTEH, 9 Mei 2026 - Program Inspire Eksplorasi OKU Negeri Kelantan telah berlangsung pada 8 - 9 Mei 2026 bertempat di Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Puteh dengan penyertaan seramai 40 orang peserta terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) dari seluruh negeri Kelantan.
Program anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Kelantan serta Persatuan Boccia Negeri Kelantan.
Penganjuran program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri, semangat berdikari serta menggalakkan penglibatan aktif golongan OKU dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Di samping itu, program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk membina kemahiran sosial, kepimpinan dan kerjasama berpasukan menerusi pelbagai aktiviti yang disediakan.
Sepanjang dua hari program berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai pengisian menarik antaranya aktiviti ice breaking, ikhtiar hidup, ceramah asas pertolongan cemas, Kod Sukan Selamat, aktiviti senam cergas, permainan musang berjanggut, berkayak serta target shooting. Kesemua aktiviti yang dijalankan bukan sahaja mencabar fizikal dan mental peserta, malah berjaya memupuk semangat keberanian, disiplin dan daya saing dalam kalangan peserta.
Majlis Perasmian Penutup program telah disempurnakan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Hadir sama ialah Pn. Intan 'Izzati binti Md. Hashim, Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, En. Mahmood bin Deraman, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Kelantan serta En. Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkasa pembangunan komuniti OKU melalui pendekatan sukan, rekreasi dan aktiviti pembangunan diri yang lebih inklusif serta berimpak tinggi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
