BENGKEL REFRESHER PEMIMPIN BERTAULIAH ARPRM PERKUKUH KUALITI PEMBANGUNAN BELIA KELANTAN

Hulu Terengganu, 9 Mei 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah melaksanakan Bengkel Refresher Pemimpin Bertauliah Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Kelantan di Houseboat Suria Permata, Tasik Kenyir bagi memperkukuhkan kompetensi serta memastikan standard pelaksanaan program terus berada pada tahap terbaik.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari dua malam itu menghimpunkan Pemimpin Bertauliah ARPRM dari seluruh negeri Kelantan sebagai platform pemutihan, penilaian semula serta pengemaskinian maklumat berkaitan falsafah dan pelaksanaan program ARPRM.

Turut bersama dalam program ini ialah Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Penceramah bengkel ialah Encik Armizam bin Abd. Rahim dari Jawatankuasa Operasi dan Teknikal Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan. Beliau berkongsi kepakaran berkaitan pelaksanaan, penilaian serta pengurusan program ARPRM secara lebih sistematik dan berkesan selaras dengan standard kebangsaan.

Antara pengisian lain yang turut diadakan sepanjang program ialah majlis makan malam bersama peserta serta sesi perkongsian success story oleh Puan Nadia binti Mat Isa, Pengarah Urusan Yaya Nadia Empire.
Dalam perkongsian tersebut, beliau bukan sahaja menonjolkan kejayaan dalam bidang keusahawanan, malah turut dikenali sebagai pemimpin ARPRM yang berjaya melahirkan 30 orang peserta tahap Emas sepanjang penglibatannya sebagai pemimpin bertauliah. Perkongsian ini memberi inspirasi besar kepada para peserta dalam membentuk hala tuju kepimpinan dan pembangunan belia.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Bachok, dan Yayasan Islam Kelantan atas kerjasama serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Program ini diharap dapat terus memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik serta melahirkan lebih ramai Pemimpin Bertauliah ARPRM yang kompeten, berwibawa dan berintegriti dalam pembangunan belia negeri Kelantan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

#AnugerahRemajaPerdanaRakanMuda
#Refresherpemimpin
#MenggerakBeliaMadani

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search