- JBS Kelantan
- Hits: 39
LATIHAN KEBAKARAN BANGUNAN PERSEKUTUAN GUA MUSANG LIBATKAN 12 AGENSI
- JBS Kelantan
- Hits: 39
GUA MUSANG, 7 Mei 2026 – Satu latihan kebakaran telah dilaksanakan di Bangunan Persekutuan Gua Musang dengan penglibatan 12 agensi kerajaan bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan keselamatan warga kerja dalam menghadapi situasi kecemasan.
Antara agensi yang turut hadir menyertai latihan tersebut ialah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang bersama beberapa jabatan lain yang beroperasi di bangunan berkenaan.
Latihan kebakaran ini merupakan satu program simulasi kecemasan yang bertujuan memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai prosedur keselamatan sekiranya berlaku kebakaran. Program ini melibatkan latihan pengungsian bangunan, penggunaan laluan kecemasan, pematuhan arahan keselamatan serta tindakan awal yang perlu diambil ketika berdepan insiden kebakaran.
Selain itu, pelaksanaan latihan ini juga dapat meningkatkan kerjasama antara agensi dan memastikan semua kakitangan lebih bersedia, berdisiplin serta mengetahui peranan masing-masing dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.
Program yang dilaksanakan di Bangunan Persekutuan Gua Musang ini diharap dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan aspek keselamatan di tempat kerja demi kesejahteraan semua pihak.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
