- JBS Kelantan
- Hits: 45
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA PERINGKAT DAERAH GUA MUSANG 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 45
Gua Musang, 6 Mei 2026-Satu mesyuarat penting bagi menjayakan Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Gua Musang 2026 telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Orang Ramai, Chiku 1. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang. Mesyuarat ini menyaksikan kehadiran seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan serta pertubuhan belia setempat.
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ini diadakan bertujuan untuk menyelaras perancangan, pelaksanaan serta pembahagian tugas bagi memastikan program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk atur cara program, penglibatan komuniti belia, logistik, promosi serta kerjasama strategik antara agensi.
Program Semarak Belia @ Semarak Hari Belia Negara merupakan satu inisiatif yang bertujuan untuk memperkasa golongan belia melalui pelbagai aktiviti bermanfaat seperti sukan, kepimpinan, kesukarelawanan dan pembangunan kemahiran. Ia juga menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan aktif belia dalam pembangunan masyarakat serta memupuk semangat perpaduan dan jati diri dalam kalangan belia.
Dengan adanya mesyuarat ini, semua pihak yang terlibat dapat memainkan peranan masing-masing secara lebih efektif demi memastikan program yang bakal berlangsung nanti dapat memberi impak positif kepada golongan belia di daerah Gua Musang.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
