- JBS Kelantan
- Hits: 36
PERBINCANGAN TEKNIKAL PERKUKUH PERSIAPAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR KOMUNITI GUA MUSANG
- JBS Kelantan
- Hits: 36
GUA MUSANG, 6 Mei 2026 – Satu sesi perbincangan teknikal berkaitan penganjuran Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti Daerah Gua Musang telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang sebagai persediaan awal menjelang kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada 20 Jun 2026.
Perbincangan tersebut melibatkan Ketua Teknikal kejohanan bersama Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.
Sesi ini bertujuan untuk memperincikan aspek teknikal dan pengurusan kejohanan bagi memastikan pelaksanaan berjalan dengan lancar dan teratur. Antara perkara yang dibincangkan termasuk penyediaan jadual perlawanan, penetapan peraturan pertandingan, keperluan logistik, penyediaan gelanggang serta aspek keselamatan peserta.
Selain itu, perbincangan ini turut memberi fokus kepada penyelarasan tugas antara pihak teknikal dan urus setia bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efisien.
Kejohanan Bola Tampar Liga Sukan Komuniti yang akan diadakan pada 20 Jun 2026 ini merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan penyertaan aktif masyarakat dalam aktiviti sukan, di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.
Melalui perbincangan yang diadakan ini, diharapkan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan rapi demi memastikan kejohanan yang bakal berlangsung nanti berjalan dengan jayanya.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
