- JBS Kelantan
- Hits: 102
KUNJUNG HORMAT STRATEGIK PERKASA AGENDA BELIA GUA MUSANG BERSAMA YB AHLI PARLIMEN
- JBS Kelantan
- Hits: 102
GUA MUSANG, 6 Mei 2026 – Satu sesi kunjung hormat telah diadakan bersama YB Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim, Ahli Parlimen Gua Musang, bertempat di Pejabat Parlimen Gua Musang hari ini. Kunjungan tersebut melibatkan seramai empat pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang yang diketuai oleh Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.
Kunjung hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah dengan wakil rakyat, di samping menjadi platform untuk membentangkan perkembangan serta perancangan program-program belia di daerah ini. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk pelaksanaan inisiatif melibatkan Bahagian Belia, Sukan dan Rakan Muda yang memberi fokus kepada pembangunan sahsiah, kecergasan serta penglibatan aktif golongan muda dalam komuniti.
Dalam sesi tersebut, pihak pejabat turut membentangkan perancangan program terdekat iaitu Program Semarak Belia @ Hari Belia Negara Peringkat Daerah Gua Musang 2026. Program ini dijangka menjadi medium penting dalam menghimpunkan golongan belia melalui pelbagai aktiviti berimpak tinggi seperti sukan, kesukarelawanan, kepimpinan dan pembangunan kemahiran.
YB Tuan Mohd Azizi bin Abu Naim menyambut baik usaha yang dirancang dan menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan program-program belia yang mampu memberi manfaat serta peluang pembangunan kepada generasi muda di Gua Musang.
Kunjungan ini diharap dapat memperkukuhkan lagi kerjasama strategik antara semua pihak dalam memastikan agenda pembangunan belia di daerah Gua Musang terus diperkasa dan dilaksanakan secara berkesan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
