- JBS Kelantan
- Hits: 26
DUA CALON INDIVIDU DARI DAERAH JELI BERENTAP DI APBN PERINGKAT NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 26
JELI, 30 April 2026- Sesi Penilian calon Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan Kategori Individu telah berlangsung pada 26 hingga 27 April 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan besar terhadap pembangunan belia diperingkat akar umbi. Antara objektif utama APBN adalah bagi menggalakkan penglibatan belia dalam kerja-kerja sukarelawan diperingkat komuniti setempat.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah menghantar dua orang calon, seorang calon untuk Kategori Individu Lelaki dan seorang calon untuk Individu Wanita. Kategori Individu Lelaki diwakili oleh En. Mohamad Adam Haiman bin Ruslan, manakala Kategori Individu Wanita diwakili oleh Cik Nur Izyan binti Ihsan Ramadhan. Pemilihan calon-calon adalah berdasarkan pengalaman, kepimpinan dan sumbangan terhadap komuniti setempat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada kedua-dua individu berkenaan yang telah terpilih menjadi calon mewakili Daerah Jeli dalam APBN Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 dan mendoakan kesemua calon akan menempa kejayaan dalam Anugerah tersebut yang akan dinobatkan pada bulan Mei 2026 nanti.
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
