KELAB AEROBIK BUKIT JERING ANJUR SHUTLE SMACH BADMINTON TERTUTUP

JELI, 30 April 2026- Kelab Aerobik Bukit Jering telah mengadakan Program Shutle Smach Badminton pada 24 April 2026. Seramai 56 orang peserta telah menyertai program tersebut bertempat di RNR Kuala Balah, Jeli.
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk untuk menarik minat beliawanis menyertai dan mendaftar sebagai ahli Kelab, disamping dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal peserta serta mencungkil bakat baru dalam sukan Badminton.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli mewakili YBrs Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli. Turut hadir YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli dan YBrs Puan Siti Nur Hanani binti Husin selaku Pengerusi Kelab.

En Supian juga turut menyampaikan Cek Dana Sukan Komuniti RM 4,000.00 kepada Kelab berkenaan. Adalah menjadi harapan agar persatuan atau kelab sukan yang lain di Daerah Jeli ini akan terus hidup, aktif dan berdaya saing.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search