- JBS Kelantan
- Hits: 15
KEJOHANAN BOLA TAMPAR WANITA TERTUTUP BACHOK BERLANGSUNG MERIAH DI SMK PADANG KALA
- JBS Kelantan
- Hits: 15
Bachok, 2 Mei 2026 – Kejohanan Bola Tampar Wanita Tertutup Pachok sempena Piala Pusingan Wanita MADANI 2026 yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kala telah berlangsung dengan penuh semangat dan meriah pada semalam. Kejohanan ini bertujuan untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam sukan, menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, serta memperkukuhkan semangat komuniti melalui penglibatan dalam aktiviti sukan.
Selain itu, kejohanan ini juga bertujuan untuk mencungkil bakat baru dalam sukan bola tampar wanita dan membuka peluang untuk pengembangan karier sukan. Program ini disokong oleh Dana Sukan Komuniti yang bertujuan untuk memajukan aktiviti sukan di peringkat akar umbi. Acara ini diserikan dengan penyampaian hadiah kepada peserta dan penyerahan cek sumbangan dana berjumlah RM7,000 kepada pihak penganjur, yang disempurnakan oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Dalam majlis tersebut, beliau juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Turut hadir, Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok, yang memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran kejohanan ini. “Kami berharap kejohanan seperti ini akan dapat diteruskan pada masa hadapan, bukan sahaja untuk memperlihatkan bakat, tetapi juga sebagai medium untuk menggalakkan lebih ramai wanita aktif dalam bidang sukan,” kata En. Mohd Saipuddin. Kejohanan ini mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat yang turut hadir memberi sokongan kepada para peserta yang bertanding.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNK
