GEMPAK! KEJOHANAN PAINTBALL TERBUKA KELANTAN 2026 TARIK PENYERTAAN SELURUH NEGARA

Machang, 2 Mei 2026 – Kelab Belia Bandar Machang sekali lagi membuktikan komitmen dalam pembangunan belia apabila berjaya menganjurkan Kejohanan Paintball Terbuka Kelantan dan Jemputan Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Qelate Paintball Field, Kubang Kerian.

Kejohanan yang dikenali sebagai “ED Store Rookie Cup 5v5” ini telah menarik penyertaan meluas termasuk pasukan dari luar negeri. Sebanyak dua (2) pasukan dari Terengganu dan dua (2) pasukan dari Kuala Lumpur telah mengambil bahagian, sekali gus memeriahkan lagi kejohanan yang menghimpunkan pemain-pemain paintball berbakat dari seluruh negara.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan, memperkukuhkan hubungan antara negeri serta menggalakkan penyertaan golongan belia dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan paintball serta meningkatkan daya saing atlet di peringkat kebangsaan.

Kejohanan ini turut mendapat sokongan melalui Dana Sukan Komuniti, yang membantu memastikan kelancaran penganjuran serta membuka lebih banyak peluang penyertaan kepada golongan belia setempat.
Majlis perasmian kejohanan telah disempurnakan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, yang memberikan sokongan terhadap penganjuran program ini.

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar lebih ramai golongan belia menyahut cabaran untuk menceburi sukan lasak seperti paintball yang bukan sahaja mencabar fizikal, malah mampu membentuk disiplin, keberanian dan semangat berpasukan. Kejohanan ini turut dimeriahkan dengan tajaan daripada Yaya Empire serta sokongan daripada ED Store yang memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran acara ini.

Menurut saudara Encik Mohd Ni'am bin Mohd Zulhari, Pengerusi Kelab Bandar Machang program ini juga membuka peluang ekonomi kepada komuniti setempat serta membantu memperkenalkan negeri Kelantan kepada peserta dan pengunjung dari luar, sekali gus merancakkan sektor pelancongan dan keusahawanan tempatan. Menurutnya juga, sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menunjukkan minat yang semakin meningkat terhadap sukan paintball dalam kalangan belia. Mereka berharap kejohanan seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi serta mengharumkan nama negeri di persada lebih tinggi.

Majlis penutup kejohanan menyaksikan penyampaian hadiah kepada pasukan-pasukan yang berjaya, sekali gus menutup tirai program dengan penuh semangat kesukanan, perpaduan dan profesionalisme.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNK

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search