Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan 2026 Bermula Dengan Semangat Baharu

KOTA BHARU, 2 Mei 2026 – Program The Biggest Loser Peringkat Negeri Kelantan secara rasminya membuka tirai hari ini dalam satu majlis penuh meriah yang berlangsung di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria. Hadir sama memeriahkan program ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Negeri Kelantan serta Dr. Rohana binti Ab Rahman, Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Program yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat ini dimulakan dengan sesi timbangan awal pada hari ini, 2 Mei 2026, manakala sesi timbangan akhir dijadualkan berlangsung pada 5 September 2026. Sebanyak 252 orang telah menyertai program ini dan sepanjang tempoh empat bulan pelaksanaan, para peserta akan mengikuti sebanyak 16 sesi bimbingan yang merangkumi pelbagai aktiviti termasuk latihan kecergasan fizikal serta sesi bimbingan secara maya.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran kesihatan dan gaya hidup sihat daripada agensi kerajaan dan pihak swasta seperti Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Majlis Sukan Negeri, Herbalife, Nutriland, iMedikel Pharmacy, Poliklinik Maya dan Extra Joss. Pameran ini memberi peluang kepada peserta dan pengunjung mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat berkaitan kesihatan, pemakanan dan kecergasan.

Penganjuran program ini diharap dapat menjadi platform terbaik dalam membudayakan amalan hidup sihat, seterusnya membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan rakyat Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search