- JBS Kelantan
- Hits: 21
PENCARIAN IKON BELIA KELANTAN: 22 PESERTA INDIVIDU TAMPIL TONJOL KECEMERLANGAN
- JBS Kelantan
- Hits: 21
KOTA BHARU, 27 April- Seramai 22 anak muda berbakat besar dari seluruh pelosok negeri telah berkumpul bagi menjayakan sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan bagi kategori individu tahun 2026.
Program yang berlangsung selama dua hari bermula 26 dan 27 April itu menyaksikan persaingan sengit melibatkan 15 peserta lelaki dan 7 peserta wanita. Kesemua calon merupakan pemimpin belia dan ikon masyarakat yang telah menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam pelbagai bidang termasuk kesukarelawanan, keusahawanan dan inovasi.
Sesi penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti tokoh belia yang bukan sahaja mempunyai pencapaian peribadi yang hebat, malah memberi impak signifikan kepada pembangunan komuniti setempat di Kelantan.
Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai beserta trofi, selain itu, Johan akan menggalas tanggungjawab besar mewakili Negeri Kelantan ke peringkat Kebangsaan kelak.
Keputusan rasmi dijangka akan diumumkan dalam satu majlis penyampaian anugerah bersempena sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri tidak lama lagi. Pengiktirafan ini diharapkan dapat menjadi suntikan semangat kepada seluruh warga belia Kelantan untuk terus berbakti dan mengharumkan nama negeri di persada negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urusetia Media Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
