Program Ride It Right @ Sukan Selasa JBSNK Siri Kedua Berlangsung Meriah

KOTA BHARU, 28 April 2026— Program Ride It Right @ Sukan Selasa anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah berlangsung dengan jayanya hari ini di Perkarangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program siri kedua ini melibatkan penyertaan dalam kalangan warga jabatan yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap gaya hidup sihat dan aktiviti berbasikal secara selamat.

Sebelum aktiviti kayuhan dimulakan, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK, En. Hazri Nizam bin Zakaria telah menyampaikan taklimat keselamatan kepada semua peserta. Dalam taklimat tersebut, beliau menekankan kepentingan pematuhan peraturan jalan raya, penggunaan peralatan keselamatan seperti topi keledar, serta disiplin berkumpulan sepanjang program berlangsung.

Aspek keselamatan perlu sentiasa menjadi keutamaan bagi memastikan aktiviti berbasikal dapat dijalankan dengan selamat dan menyeronokkan.

Program ini merupakan inisiatif berterusan JBSNK dalam menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti kecergasan di samping memupuk kesedaran tentang keselamatan ketika berbasikal.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search