- JBS Kelantan
- Hits: 21
KELAB BELIAWANIS SERTAI APBN 2026 KATEGORI PERTUBUHAN BELIA
- JBS Kelantan
- Hits: 21
28 April 2026
Pejabat Urusan Kelab Beliawanis Halwanis
KUALA KRAI — Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai telah menyertai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2026 bagi Kategori Pertubuhan Belia, sekali gus menampilkan komitmen berterusan dalam memperkasa penglibatan belia wanita di peringkat komuniti.
Penyertaan ini mengetengahkan pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan oleh kelab, khususnya dalam bidang kesukarelawanan, pembangunan sahsiah serta aktiviti kemasyarakatan yang memberi impak positif kepada komuniti setempat.
Penglibatan aktif kelab ini membuktikan peranan signifikan pertubuhan belia sebagai agen penggerak masyarakat, selain menjadi platform dalam melahirkan belia yang berdaya saing, progresif dan berjiwa komuniti.
