BAKAT MUDA BERSINAR DALAM KARNIVAL BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN 9 SEBELAH TERBUKA SUNGAI PINANG

Tumpat, 28 April 2026 – Karnival Bola Sepak Bawah 12 Tahun 9 Sebelah Terbuka Sungai Pinang menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) pada 25 April 2026 di Padang Bola Sepak Pulau Raja, Kampung Laut telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan 15 pasukan dari pelbagai daerah dan komuniti setempat.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Sungai Pinang sebagai usaha memperkasa pembangunan sukan bola sepak di peringkat akar umbi, di samping mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain muda. Penganjuran kejohanan ini juga bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai suasana pertandingan yang lebih kompetitif dan tersusun.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para pemain telah mempamerkan semangat juang yang tinggi, disiplin serta kerjasama berpasukan yang baik. Setiap perlawanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan serta mendapat sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Kejohanan seperti ini memainkan peranan penting dalam membentuk asas kemahiran serta pembangunan sahsiah pemain sejak usia muda, sekali gus menyediakan platform untuk mereka melangkah ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Kejohanan ini diakhiri dengan penyerahan cek cura kepada Encik Ramlan Haji Ramli, Presiden Kelab Bola Sepak Sungai Pinang dan penyampaian hadiah oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kepada para pemenang sebagai penghargaan terhadap prestasi dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang pertandingan berlangsung.

Turut hadir ialah Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat serta Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search