KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP KELANTAN 2026 PERKUKUH SUKAN AKAR UMBI

TUMPAT, 27 April 2026 – Kejohanan Badminton Tertutup Kelantan 2026 menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) anjuran Kelab Bola Sepak Geting pada 24 April 2026 bertempat di TT Sport Pengkalan Kubor telah berlangsung dengan jayanya serta mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai 54 regu terdiri daripada pemain-pemain dari seluruh daerah di negeri ini dan jemputan dari daerah Besut, Terengganu.

Kejohanan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan dalam memperkasa pembangunan sukan badminton di peringkat akar umbi, selaras dengan penganjuran kejohanan peringkat umur tertutup yang dilaksanakan secara berkala di negeri Kelantan

Penganjuran kejohanan ini bertujuan mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain muda, di samping memberi pendedahan kepada suasana pertandingan yang lebih kompetitif dan tersusun. Para peserta telah mempamerkan prestasi yang memberangsangkan dengan aksi permainan yang kompetitif serta berdisiplin tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Kejohanan seperti ini memainkan peranan penting dalam membina asas pembangunan atlet yang berkualiti, sekali gus membuka peluang kepada pemain untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Kejohanan ini diakhiri dengan majlis penyerahan cek cura oleh Encik Muhamad Fadzil bin Che Daud , Pegawai Penggalakan Sukan , Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search