- JBS Kelantan
- Hits: 34
MUSE KING FOOTBALL CLUB BAKAL DITUBUHKAN DI GUA MUSANG
- JBS Kelantan
- Hits: 34
GUA MUSANG, 27 April 2026 — Satu langkah baharu dalam pembangunan sukan bola sepak tempatan bakal direalisasikan apabila Muse King Football Club dirancang untuk ditubuhkan di daerah ini. Inisiatif tersebut dibincangkan dalam satu perjumpaan yang diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, melibatkan pegawai serta bakal ahli kelab.
Perjumpaan berkenaan bertujuan memberi pendedahan awal mengenai proses pendaftaran kelab baharu, termasuk aspek pentadbiran, struktur organisasi serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pertubuhan sukan yang ingin berdaftar secara rasmi. Ia juga menjadi platform untuk bertukar pandangan serta memperincikan hala tuju kelab yang bakal ditubuhkan.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang, Encik Shahabuddin bin Haji Deraman, dalam amanat ringkasnya menekankan kepentingan komitmen dan disiplin dalam memastikan kelab yang ditubuhkan mampu bergerak aktif dan memberi impak positif kepada komuniti setempat. Beliau turut menggalakkan penglibatan golongan belia dalam aktiviti sukan sebagai medium pembangunan sahsiah dan gaya hidup sihat.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang yang memberikan penerangan lanjut mengenai prosedur pendaftaran kelab. Beliau menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil, termasuk penyediaan dokumen rasmi, perlembagaan kelab serta keperluan pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Dua orang bakal ahli kelab yang hadir turut menunjukkan minat dan komitmen untuk bersama-sama menjayakan penubuhan Muse King Football Club. Mereka menyambut baik usaha ini dan berharap kelab tersebut dapat menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak di Gua Musang.
Penubuhan kelab ini dijangka menjadi satu lagi pemangkin kepada perkembangan sukan di peringkat daerah, khususnya dalam kalangan belia yang berminat untuk aktif dalam arena bola sepak.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
