- JBS Kelantan
- Hits: 28
DARI KAMPUS KE KOMUNITI: NURSARIDA ANIS WAKILI KUALA KRAI
- JBS Kelantan
- Hits: 28
27 April 2026
Dewan Malaysia, Jab. Belia dan Sukan Negeri Kelantan
Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kelantan 2026 bagi Kategori Individu Wanita menyaksikan penampilan wakil Kuala Krai, Saudari Nursarida Anis binti Sa Ari, yang menyerlah melalui komitmen berterusan dalam aktiviti kesukarelawanan dan kemasyarakatan.
Beliau aktif melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti komuniti sejak di peringkat universiti dan kini meneruskan komitmen tersebut sebagai seorang guru yang sentiasa dekat dengan masyarakat. Penglibatan berterusan ini mencerminkan keprihatinan serta semangat tinggi dalam menyumbang kepada pembangunan sosial setempat.
Penyertaan ini membuktikan bahawa belia wanita mampu menjadi agen perubahan yang berdaya saing, berjiwa sukarelawan dan memberi impak positif kepada komuniti.
Disediakan oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
@taufiqjohari
@mordibimol
@jbsnegara
@kbsmalaysia
@belia.my_
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamJBSNKelantan
#TeamPBSDKualaKrai
#BeliaPelapisMasaDepanNegara
