AMIRUL WAKILI KUALA KRAI, TONJOL KEUNGGULAN USAHAWAN BELIA

  26 April 2026
  Dewan Malaysia, Jab. Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan 2026 bagi Kategori Individu Lelaki telah dilaksanakan dengan jayanya serta berimpak positif, melibatkan penyertaan wakil dari Daerah Kuala Krai, Saudara Amirul Firdaus bin Ahmad Razlan, yang menyerlah dalam bidang keusahawanan belia.

Beliau menunjukkan potensi tinggi melalui inisiatif yang bukan sahaja membangunkan perniagaan sendiri, malah turut membuka peluang ekonomi kepada belia setempat. Usaha ini secara tidak langsung membantu memperkukuh pembangunan ekonomi komuniti serta memberi inspirasi kepada golongan belia untuk menceburi bidang keusahawanan.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam melahirkan belia yang berdaya saing, progresif dan mampu menyumbang kepada pembangunan daerah serta negeri.   

#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search