- JBS Kelantan
- Hits: 24
BELIAWANIS HALWANIS PENERAJU MASA HADAPAN
- JBS Kelantan
- Hits: 24
KUALA KRAI, 22 April 2026 - Kelab Beliawanis Halwanis Kuala Krai yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 13 Januari 2021 bertujuan membolehkan belia mempunyai kesedaran terhadap kebudayaan, alam sekitar, sukan, kesihatan, kerohanian dan kebajikan sosial.
Kelab ini yang diterajui oleh Puan Najat Binti Mat Nor dengan keahlian seramai 35 orang bergiat secara aktif dalam aktiviti kebajikan, kesukarelawan, kerohanian dan keusahawanan.
Dengan kekuatan dan keterampilan Pengerusi dan semua barisan Jawatankuasa terutama dalam bidang kepimpinan telah melayakkan kelab ini menjadi calon bagi Daerah Kuala Krai dalam Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 Kategori Pertubuhan Belia yang akan dinilai pada 28 April 2026.
Semoga kelab ini akan berjaya mengharungi cabaran keperingkat yang seterusnya.
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #teamPBSDKualaKrai #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh :
Urus Setia Portal
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Krai
