MESYUARAT PENGURUSAN PBSD BACHOK BILANGAN 2 TAHUN 2026 BERLANGSUNG CERIA

BACHOK, 21 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok telah melaksanakan Mesyuarat Pengurusan PBSD Bachok Bilangan 2 Tahun 2026 bertempat di ruang legar Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok semalam.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Puan Azma binti Yahya selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok telah membentangkan tentang situasi terkini pentadbiran serta gerak kerja dan persediaan rapi bagi sambutan Semarak Hari Belia Negara yang akan berlangsung dalam masa terdekat serta perancangan program Kem Belia Baerah Bachok bagi tahun 2026.

Manakala pembentangan dari Unit Sukan pula memberi tumpuan kepada perancangan program Liga Sukan Komuniti, program pengenalpastian bakat i-Talent serta program KLAS Renang Fasa 1/2026 untuk komuniti setempat.
Bagi memperkasa gaya hidup aktif, Unit Rakan Muda membentangkan gerak kerja Program Mobilisasi SATRIA dan pengurusan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Manakala, Unit Pentadbiran melaporkan tentang keadaan semasa pejabat serta proses dokumentasi yang telah dikemaskini serta proses pelupusan aset bagi memastikan kecekapan pengurusan pejabat.

Mesyuarat berkala ini menjadi penanda aras penting dalam memastikan penyampaian serta perancangan berjalan lancar demi manfaat belia dan komuniti di daerah Bachok.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search