- JBS Kelantan
- Hits: 22
PBSD BACHOK TINJAU TAPAK PROJEK PLANET DI PANTAI KEMASIN
- JBS Kelantan
- Hits: 22
BACHOK, 21 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan hari ini melaksanakan lawatan tapak di Pantai Impian Kemasin semalam sebagai persiapan akhir bagi Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan.
Lawatan tersebut bertujuan untuk menyelaras logistik dan memastikan aspek keselamatan kawasan sebelum program berlangsung pada 27 April 2026. Fokus utama diberikan kepada penetapan zon aktiviti plogging dan kawasan penanaman pokok bagi memastikan impak kelestarian yang maksima.
Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok berkata, “pemilihan Pantai Kemasin adalah bagi menyuntik kesedaran komuniti belia terhadap kepentingan pemeliharaan ekosistem pesisir Pantai”. Program ini merupakan sebahagian daripada agenda nasional Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam melahirkan generasi yang peka terhadap perubahan iklim. Hadir bersama semasa sesi lawatan tersebut adalah Ketua Bahagian Rakan Muda, JBSN Kelantan, Penghulu Mukim Kemasin serta pegawai dan kakitangan terlibat.
Sinergi antara JBSN Kelantan, PBSD Bachok, PTJ Bachok, Jabatan Perhutanan dan pihak berkuasa tempatan dijangka bakal menghimpunkan ratusan sukarelawan anak muda dalam misi "Belia Lestari, Bumi Terpelihara".
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
