BACHOK TERPILIH JADI TUAN RUMAH PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

BACHOK, 20 April 2026 – Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok menjadi tumpuan bagi Mesyuarat Penyelarasan Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 yang telah diadakan dengan jayanya baru-baru ini.

Mesyuarat yang berlangsung di Bilik Gerakan, Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok itu telah dipengerusikan oleh YABrs. Haji Mohd Zaki bin Yusoff, Ketua Jajahan Bachok. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen padu pihak pentadbiran jajahan dalam menyokong inisiatif pembangunan belia yang berteraskan kecintaan terhadap bumi. Hadir sama dalam mesyuarat tersebut yang mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan adalah Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda serta wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok, Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Bachok.

Ketua Jajahan dalam amanatnya menekankan bahawa penglibatan anak muda dalam "Projek Planet" bukan sekadar hobi, tetapi tanggungjawab bagi menjamin masa depan Kelantan yang lebih hijau dan bersih. Program ini dijangka bakal mengumpulkan ratusan sukarelawan muda dari seluruh Kelantan untuk menyertai pelbagai aktiviti berorientasikan alam sekitar yang akan dijayakan tidak lama lagi.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #yakinboleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search