- JBS Kelantan
- Hits: 38
Kursus Asas Kayak Star One Perkasa Minat Sukan Air di Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 38
KOTA BHARU, 27 April 2026 – Seramai 30 peserta dari pelbagai latar belakang telah menyertai Kursus Asas Kayak Star One yang berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 April 2026 di Min House Camp, Kubang Kerian.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama Persatuan Kanu Malaysia serta Kelab Berkayak Warisan Lagenda ini bertujuan memperkenalkan asas sukan kayak kepada golongan belia di samping memupuk minat terhadap aktiviti rekreasi air yang sihat dan selamat.
Sepanjang kursus, para peserta didedahkan dengan pelbagai modul penting termasuk teknik asas berkayak, aspek keselamatan di air, penggunaan peralatan, serta latihan praktikal di lapangan. Tenaga pengajar berpengalaman turut memberi tunjuk ajar secara langsung bagi memastikan setiap peserta memahami dan mampu mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.
Majlis perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan bagi melahirkan lebih ramai belia yang aktif, berdisiplin dan berkemahiran dalam sukan air.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, termasuk rakan strategik dan tenaga pengajar. Kursus Asas Kayak Star One ini dilihat sebagai platform penting dalam mencungkil bakat baharu serta memperkukuh pembangunan sukan rekreasi air di negeri Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
