- JBS Kelantan
- Hits: 21
PROGRAM MOTOCROSS TELUK KERENGGA DAPAT SOKONGAN DANA SUKAN KOMUNITI
- JBS Kelantan
- Hits: 21
Pasir Mas, 25 April 2026 — En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, telah hadir merasmikan Program Motocross Track-Days Teluk Kerengga yang berlangsung dengan meriah hasil penganjuran Kelab Sukan Bermotor Eksplorasi dengan kerjasama Kelab Motocross Teluk Kerengga.
Program ini bertujuan menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti sukan bermotor yang sihat, di samping memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama dalam kalangan peserta. Selain itu, ia turut menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan motocross di peringkat komuniti.
Dalam majlis yang sama, En. Mohd Saipuddin bin Zakaria turut menyempurnakan penyerahan cek cura Dana Sukan Komuniti sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Sumbangan ini diharap dapat membantu memperkasa lagi penganjuran aktiviti sukan serta memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Turut hadir, YBrs. Ir. Mohd Haizul bin Omar, Presiden Kelab Sukan Bermotor Eksplorasi, yang memainkan peranan penting dalam menjayakan penganjuran program ini bersama Kelab Motocross Teluk Kerengga. Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Pasir Mas
sebagai tanda sokongan kepada pembangunan sukan di Daerah Pasir Mas.
Secara keseluruhannya, penganjuran Program Motocross ini dilihat sebagai satu inisiatif berimpak tinggi dalam memperkasa pembangunan sukan bermotor di peringkat negeri, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pengurusan litar, serta kelab-kelab permotoran tempatan.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan belia dan peminat sukan bermotor. Penganjuran sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan berdaya saing.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh:
Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
