Warga JBSN Kelantan Sertai Aktiviti 'Jom Baca Bersama 10 Minit'

KOTA BHARU, 23 April 2026 - Aktiviti Jom Baca Bersama 10 Minit telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini, melibatkan penyertaan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Aktiviti tersebut diadakan di Bilik Tamu, JBSNK selaras dengan pelaksanaan serentak di seluruh negara.

Mengangkat tema “Membaca Membina Bangsa”, inisiatif ini merupakan anjuran Perpustakaan Negara Malaysia yang bertujuan menyemai budaya membaca dalam kalangan masyarakat tanpa mengira latar belakang. Program ini juga menjadi simbolik komitmen berterusan dalam membudayakan amalan membaca sebagai asas pembentukan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

Di peringkat JBSNK, semua warga jabatan meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca bahan pilihan masing-masing, merangkumi buku ilmiah, bahan motivasi serta bacaan santai. Penyertaan aktif ini mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memperkasakan literasi dan memperluaskan pengetahuan.

Program sebegini dilihat mampu memberi impak positif dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #JomBacaBersama #PNM

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search