- JBS Kelantan
- Hits: 31
LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN BUMI: PROJEK PLANET RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 31
BACHOK, 20 April 2026 – Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau persiapan pelaksanaan Program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 27 April 2026 bertempat di Pantai Impian Kemasin, Bachok.
Lawatan ini bertujuan memastikan kesiapsiagaan lokasi program selain menyelaras aspek teknikal, logistik serta pengisian aktiviti yang bakal dilaksanakan. Antara perkara yang diberi perhatian termasuk susun atur kawasan program, keselamatan peserta serta kesesuaian lokasi bagi aktiviti berteraskan alam sekitar.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti plogging, penanaman pokok dan gotong-royong yang melibatkan penyertaan golongan belia serta komuniti setempat. Inisiatif ini dilihat sebagai platform terbaik dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar di samping menyemai semangat sukarelawan dalam kalangan belia.
Lawatan tapak ini turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi dan rakan strategik termasuk pihak Yaya Empire, institusi pendidikan serta pemimpin komuniti setempat bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Lawatan ini telah dihadiri oleh Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan , Pegawai dari Jabatan Hutan Negeri Kelantan serta Mohd Khairul Asraf Hafizi, Pegawai Pembangunan Potensi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ialah Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok.
Diharapkan melalui penganjuran program ini, ia dapat memberi impak positif kepada masyarakat khususnya dalam meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar serta menggalakkan penglibatan aktif belia dalam aktiviti berfaedah.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
