BENGKEL TRAINING OF TRAINERS ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA 2026 PERKUKUH KAPASITI JURULATIH

GUA MUSANG, 23 April 2026 — Bengkel Training of Trainers ( ) Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahun 2026 telah berlangsung selama tiga hari dua malam bermula 21 hingga 23 April 2026 di Pusat Belia Antarabangsa Cheras.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh Encik Mu’azamir bin Haji Jili, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program tersebut menghimpunkan peserta dari seluruh negara yang terdiri daripada pegawai belia dan sukan serta individu yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan program pembangunan remaja.

Wakil dari Kelantan yang turut hadir ialah Puan Nurul Syifa binti Mohd Husni, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Gua Musang serta Puan Asnita binti Azmi, wakil Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Bengkel Training of Trainers ini merupakan satu platform latihan khas yang bertujuan melahirkan jurulatih dan fasilitator yang kompeten dalam mengendalikan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. Ia memberi fokus kepada pemahaman modul program, teknik penyampaian berkesan, serta kaedah membimbing peserta remaja dalam aspek pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran insaniah.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta didedahkan dengan pendekatan latihan interaktif, pengurusan aktiviti luar dan dalam, serta kaedah pemantauan dan penilaian peserta bagi memastikan pelaksanaan program di peringkat negeri dan daerah dapat dijalankan dengan lebih sistematik dan berimpak tinggi.

Penganjuran bengkel ini diharap dapat memperkasa barisan jurulatih di seluruh negara, sekali gus menyokong usaha berterusan kerajaan dalam melahirkan generasi belia yang berdaya tahan, berdisiplin dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search