KOD ETIKA ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI KELANTAN 2026 DIPERKENALKAN DI GUA MUSANG

GUA MUSANG, 23 April 2026 — Program pengenalan dan pemantapan Kod Etika Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan: Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 April 2026 di Dewan Mahamud Husin, Aras 2, Majlis Daerah Gua Musang.

Program ini menghimpunkan wakil daripada pelbagai agensi kerajaan di daerah Gua Musang sebagai langkah memperkukuh pemahaman serta penghayatan nilai etika dalam kalangan penjawat awam. Kehadiran peserta menunjukkan komitmen berterusan dalam memastikan standard perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik. Turut hadir ialah Encik Muhammad Norfikri bin Norzaki, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.

Inisiatif ini memberi penekanan kepada tiga teras utama iaitu Ubudiyyah, Masuliyyah dan Itqan. Ubudiyyah merujuk kepada pengabdian kepada Tuhan dalam setiap tugas, Masuliyyah menekankan rasa tanggungjawab terhadap amanah yang dipikul, manakala Itqan menuntut setiap kerja dilaksanakan dengan cemerlang dan berkualiti tinggi.

Melalui program ini, para peserta turut diberikan pendedahan berkaitan garis panduan etika yang perlu dipatuhi, sejajar dengan usaha kerajaan negeri dalam mempertingkatkan integriti, kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat membentuk penjawat awam yang lebih berdisiplin, berintegriti dan komited dalam menjalankan tugas, sekali gus menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih sejahtera.

Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search