- JBS Kelantan
- Hits: 16
BELIA KG DUSUN BERSEMANGAT TUBUH PERSATUAN
- JBS Kelantan
- Hits: 16
JELI 21 April 2026- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli menerima kunjung hormat oleh Pengerusi Penaja Persatuan Belia Pasir Dusun, Jeli iaitu En Raja Muhammad Arif bin Raja Othman pada 20 April 2026, kehadiran beliau telah disambut mesra oleh YBrs En Mohd Hafizi bin Hanapi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan kakitangan.
Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan untuk mendaftarkan Persatuan tersebut secara sah.
Dalam perjumpaan tersebut YBrs. En. Supian bin Hassan (Penolong Pegawai Belia dan Sukan) mengalu-alukan kehadiran En Raja Muhammad Arif dan memberikan kata-kata semangat serta panduan lengkap perkara yang wajib disediakan sebelum menghantar permohonan menubuhkan Persatuan Belia kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
En Raja Muhammad Arif mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan PBSD Jeli yang sudi menerima kunjungan dan memberikan bimbingan yang sangat berguna untuk Persatuan berkenaan.
Adalah menjadi harapan semoga tertubuhnya Persatuan ini akan memberi sedikit sebanyak rangsangan untuk belia-belia yang lain di daerah ini untuk menubuhkan Persatuan atau Kelab Belia.
Di sediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
#Taufiq Johari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#JBSNegara
#belia.my
