- JBS Kelantan
- Hits: 43
92 PASUKAN BERENTAP DALAM KEJOHANAN PETANQUE DOUBLE TERTUTUP ZON TIMUR 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 43
PASIR MAS, 18 April 2026 – Suasana di Perkarangan Gelanggang Petanque Chetok hari ini meriah dengan penganjuran Kejohanan Petanque Double Tertutup Zon Timur 2026. Kejohanan yang bermula seawal jam 8:00 pagi itu telah berjaya menarik penyertaan sebanyak 92 pasukan, sekali gus membuktikan sukan petanque semakin mendapat tempat di hati komuniti setempat.
Program anjuran Kelab Belia Kampung Baru Pak Hussin ini merupakan satu inisiatif proaktif dalam menyemarakkan budaya sukan di peringkat akar umbi, khususnya di bawah program Dana Sukan Komuniti (DSK).
Acara gimik penyerahan cek cura Dana Sukan Komuniti telah disempurnakan oleh Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas. Kehadiran sokongan dana ini dilihat sebagai pemangkin utama bagi kelab-kelab belia dan kelab-kelab sukan untuk menganjurkan kejohanan yang lebih kompetitif dan tersusun.
"Penganjuran seperti ini bukan sahaja mengasah bakat atlet sedia ada, malah menjadi platform terbaik dalam memupuk semangat perpaduan dan gaya hidup sihat melalui sukan dalam kalangan komuniti," ujar wakil penganjur.
Disediakan oleh: Urus Setia Media Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanAktif #dsk
#TaufiqJohari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
