KELAB BOLA BALING AURA 7 PASIR MAS TERIMA DANA SUKAN KOMUNITI RM7,000

KOTA BHARU, 12 April 2026 – Usaha memperkasakan sukan bola baling di peringkat akar umbi terus mendapat perhatian apabila Kelab Bola Baling Aura 7, Pasir Mas, secara rasmi menerima suntikan Dana Sukan Komuniti (DSK) berjumlah RM7,000, semalam.

Majlis penyerahan cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan, YBrS. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria. Sumbangan tersebut diterima oleh Presiden Kelab Bola Baling Aura 7, Encik Mohd Zamri bin Zahari dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Wisma Sukan, Jalan Telipot.

Hadir sama menyaksikan penyerahan tersebut ialah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin.

Sokongan Untuk Pembangunan Bakat Muda
Sumbangan di bawah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) ini bertujuan untuk membantu kelab-kelab sukan tempatan menggerakkan aktiviti komuniti serta mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan belia.

Menurut Encik Mohd Saipuddin, peruntukan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada Kelab Aura 7 untuk terus aktif menganjurkan kejohanan yang berkualiti, khususnya di daerah Pasir Mas.
Sementara itu, pihak pengurusan Kelab Bola Baling Aura 7 merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan daripada pihak JBS Negeri dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMadani #rakanmuda #RakanMudaAktif

#TaufiqJohari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#jbsnegara
belia.my
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search