JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN ANJUR KURSUS PEMANTAPAN AI BAGI PEMIMPIN BELIA, PBSD PASIR MAS TIDAK LEPAS PELUANG SERTAI.

KOTA BHARU, 8 April 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah menganjurkan kursus intensif bertajuk "Belia Dan AI: Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Organisasi" yang berlangsung selama dua hari bermula semalam hingga hari ini.

Program yang diadakan di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan itu bertujuan untuk memperkasakan pemimpin organisasi belia dengan kemahiran teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Inisiatif ini dilaksanakan bagi menggalakkan penerapan budaya kerja pintar berasaskan teknologi dalam urusan pentadbiran seharian.

Penggunaan AI dalam pengurusan organisasi dilihat sebagai langkah proaktif jabatan bagi memastikan setiap gerak kerja belia selari dengan kepantasan transformasi digital, sekali gus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan produktiviti organisasi masing-masing.

Turut hadir menyertai program tersebut adalah kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, iaitu Puan Nur Aliaa binti Wan Johan, Encik Mohd Faidhi bin Mohd Noor, dan Encik Mohd Sarimat bin Salleh. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen jitu pihak pengurusan di peringkat daerah utuk memastikan setiap pegawai mempunyai kemahiran dalam aplikasi AI serta agenda pendigitalan belia dapat direalisasikan sepenuhnya.

Melalui kursus ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai aplikasi AI yang mampu memudahkan proses pengumpulan data, perancangan acara, serta pengurusan komunikasi organisasi yang lebih sistematik dan efisien.

Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Encik Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

#TeamKBS#TeamJBSN#JBSNKomited#JBSNKelantan#MalaysiaMadani#rakanmuda#MalaysiaMadani

#TaufiqJohari
#Mordi Bimol
#Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
#KBSMalaysia
#jbsnegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search