Kunjungan Hormat Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tanah Merah Ke PBSD Tanah Merah Perkukuh Jalinan Strategik

Tanah Merah, 22 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah telah menerima kunjungan daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tanah Merah dalam satu sesi perbincangan strategik bagi merancang pelaksanaan program komuniti yang melibatkan penyertaan belia dan warga emas setempat.

Wakil Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tanah Merah terdiri daripada Encik Mahazan binti Zakaria selaku Penyelaras Komuniti PKMJTM, Encik Rosmadi bin Ibrahim (Penyelaras Warga Emas PKMJTM) serta Encik Muhammad Faisal bin Ismail (PDBK Taska PKMJTM). Kunjungan ini bertujuan membincangkan penganjuran satu program khas yang akan menghimpunkan golongan belia dan warga emas dalam suasana yang interaktif dan bermanfaat.

Program yang dirancang di jangka berlangsung selama satu hari dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik yang bersesuaian untuk semua lapisan umur. Antara penglibatan pihak PBSD Tanah Merah adalah mengendalikan slot senamrobik atau regangan bagi meningkatkan tahap kecergasan peserta selain aktiviti dalam dewan seperti “indoor games” dan mari mencuba yang memberi peluang kepada peserta mencuba aktiviti baharu secara santai.

Program ini bukan sahaja akan dilaksanakan di daerah Tanah Merah, malah turut dirancang untuk diadakan di semua daerah-daerah lain sebagai usaha memperkukuh hubungan antara generasi serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti.

Diharapkan melalui kerjasama erat antara PBSD Tanah Merah dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Jajahan Tanah Merah ini, program yang bakal dilaksanakan mampu memberi impak positif kepada pembangunan sosial masyarakat setempat di samping menggalakkan interaksi harmoni antara belia dan warga emas.

kerja serta mempercepatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search