Kejohanan Hoki Terbuka Kelantan Platform Pembangunan Atlet Muda

TUMPAT, 22 April 2026 – Kejohanan Hoki Terbuka Kelantan Bawah 16 Tahun Kategori Lelaki dan Perempuan menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) telah berlangsung dengan jayanya pada 18 hingga 21 April 2026 bertempat di Stadium Hoki Kijang Mas, Pasir Mas dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penyertaan pasukan-pasukan hoki dari pelbagai daerah.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Coza bertujuan memperkasa pembangunan sukan hoki di peringkat akar umbi, di samping mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain muda serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah mempamerkan prestasi yang cemerlang dengan aksi permainan yang kompetitif dan berdisiplin tinggi. Kejohanan ini turut menjadi platform penting dalam memberi pendedahan serta pengalaman kepada pemain untuk bersaing dalam suasana pertandingan yang lebih tersusun dan profesional.

Penganjuran kejohanan seumpama ini adalah selaras dengan usaha berterusan untuk meningkatkan mutu sukan hoki di negeri Kelantan serta melahirkan lebih ramai atlet yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Kejohanan ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan kepada pasukan-pasukan pemenang sebagai penghargaan terhadap prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Turut hadir ialah Datuk Mohammad Azam Bin Ismail, Presiden Persatuan Hoki Kelantan, Nur Izzham Hakim Bin Nordin, Penyelaras Hoki Majlis Sukan Negeri Kelantan, Encik Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas, Encik Mohamad Saupi bin Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat serta Encik Mohd Anuar bin Azmin, Setiausaha Kelab Bola Sepak Coza.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search