- JBS Kelantan
- Hits: 13
SINARAN WU MEMPERKASA SUKAN DI PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 13
PASIR PUTEH, 22 APRIL 2026 – Tahniah diucapkan kepada Kelab Bola Sepak Sinaran Wu atas kejayaan kelulusan pendaftaran rasmi di bawah Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Dengan penubuhan kelab ini dapat memperkasakan lagi sukan bola sepak di Daerah Pasir Puteh.
Satu pertemuan telah diadakan antara Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama Saudara Muhammad Nazeri bin Deraman selaku Ahli Jawatankuasai Penaja Kelab Bola Sepak Sinaran Wu bagi membincangkan hala tuju serta pengurusan kelab selepas pendaftaran diluluskan.
Dalam pertemuan tersebut, Encik Amreezal turut memberikan penerangan terperinci berkaitan pengurusan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT), termasuk tatacara pelaksanaan yang teratur dan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan. Beliau juga menekankan kepentingan pelaporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) yang perlu dihantar selepas selesai MAT sebagai sebahagian daripada keperluan pentadbiran kelab.
Pendaftaran rasmi ini dijangka memberi impak positif kepada pembangunan sukan olahraga di peringkat daerah, khususnya dalam memperkukuh struktur pengurusan, meningkatkan penyertaan ahli serta membuka lebih banyak peluang pembangunan bakat atlet tempatan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
