- JBS Kelantan
- Hits: 31
PERBINCANGAN PENGANJURAN LIGA SUKAN KOMUNITI PASIR PUTEH KUKUHKAN PERSEDIAAN ACARA BOLA TAMPAR 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 31
PASIR PUTEH, 22 APRIL 2026 Satu sesi perbincangan penganjuran Liga Sukan Komuniti Daerah Pasir Puteh telah diadakan melibatkan Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama penggerak sukan bola tampar daerah yang diketuai oleh Saudara Muhammad Nazrin bin Md Salleh.
Perbincangan tersebut memberi fokus kepada beberapa aspek penting termasuk pemilihan lokaliti pertandingan, pengurusan program, penyediaan peralatan serta keperluan teknikal berkaitan penganjuran sukan bola tampar.
Program yang dijangka berlangsung pada bulan Mei 2026 ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat, khususnya para penggiat bola tampar daerah Pasir Puteh. Usaha ini dilihat mampu memperkukuhkan lagi pembangunan sukan di peringkat komuniti serta mengeratkan hubungan antara penggiat sukan tempatan.
Selain itu, inisiatif ini juga diharap dapat menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat baharu serta memperkasa budaya sukan yang sihat dan berterusan dalam kalangan masyarakat setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
