- JBS Kelantan
- Hits: 4
SANTUNI WARGA EMAS DI MAJLIS TAUTAN KASIH PAWE PARLIMEN PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 4
PASIR PUTEH, 22 APRIL 2026 – Warga kerja Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menghadiri dan menyantuni Majlis Tautan Kasih: Membina Kesejahteraan Bersama anjuran Pusat Aktiviti Warga Emas Parlimen Pasir Puteh (PAWE) yang berlangsung di Kuarters KADA Selising, Pasir Puteh.
Kehadiran Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama warga kerja pejabat telah disambut mesra oleh Tuan Haji Wan Azmi bin Wan Mohamed, Pengerusi PAWE Pasir Puteh dan ahli PAWE.
Majlis ini menjadi platform dalam mengeratkan hubungan antara agensi serta komuniti warga emas di daerah ini. Inisiatif sebegini dilihat mampu meningkatkan kesejahteraan fizikal dan sosial warga emas, di samping mewujudkan persekitaran komuniti yang lebih inklusif dan harmoni.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
