RENTAK RAYA FUN BUKIT PERAKSI 2026 MERIAH UKIR KENANGAN

PASIR PUTEH, 19 APRIL 2026 – Program Raya Fun Bukit Peraksi 2026 berjaya menarik penyertaan seramai 250 peserta dari seluruh pelusuk negeri Kelantan dan Terengganu dalam acara larian rekreasi sejauh 7 kilometer yang penuh cabaran.

Acara ini mempertandingkan enam kategori melibatkan lelaki dan wanita iaitu kategori Remaja Perempuan 12 – 19 tahun, Remaja Lelaki 12 – 19 tahun, Terbuka Lelaki, Terbuka Perempuan, Veteren Lelaki 45 tahun keatas, Veteren Perempuan 45 tahun keatas. Kepelbagaian kategori ini membuka peluang kepada pelbagai peringkat umur untuk turut serta dalam aktiviti sihat berasaskan komuniti.
Bukit Peraksi yang terkenal dengan bentuk muka bumi berbukit serta laluan yang mencabar dengan kedalaman cerun dan trek semula jadi menjadi daya tarikan utama program ini. Keadaan geografinya yang unik bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta, malah memberikan pengalaman berbeza kepada pencinta aktiviti lasak dan alam semula jadi.

Program ini dianjurkan oleh Kelab Belia Semerak dan telah dirasmikan oleh YB Nor Sham bin Sulaiman, ADUN Semerak. Turut hadir Puan Emi Zurina binti Abd Aziz yang mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.

Dalam ucapannya, YB Nor Sham menyampaikan kata-kata semangat kepada semua peserta agar terus aktif dalam sukan dan menjaga kesihatan diri. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada para penaja atas sumbangan yang diberikan dalam menjayakan program ini. Selain itu, beliau berharap agar Raya Fun Bukit Peraksi dapat dijadikan sebagai acara dwi tahunan dalam usaha memperkenalkan Bukit Peraksi sebagai salah satu destinasi pelancongan rekreasi yang berpotensi di kawasan ini.

Program ini bukan sahaja memupuk gaya hidup sihat, malah memperkukuh hubungan komuniti serta mempromosikan keindahan alam semula jadi kepada masyarakat luar.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search