TRANSFORMASI DIGITAL MELALUI AI TINGKAT PRESTASI ORGANISASI

TUMPAT, 13 April 2026 – Program Belia dan AI: Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Organisasi telah berlangsung pada 7 hingga 8 April 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan.

Seramai 55 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin pertubuhan belia dan kakitangan organisasi berkaitan telah menyertai program intensif ini termasuklah pegawai dan kakitangan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat.

Teknologi digital merupakan langkah proaktif selaras dengan perkembangan semasa dan keperluan era digital. Ia bukan sahaja memudahkan urusan pentadbiran, malah meningkatkan ketelusan, kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar.

Pendigitalan sistem ini juga membolehkan urusan pentadbiran, penyimpanan data serta penyelarasan program dilaksanakan dengan lebih sistematik, cepat dan berkesan. Penggunaan teknologi AI pula membantu dalam analisis data, pemantauan prestasi program serta penambahbaikan perancangan aktiviti secara lebih tepat dan berfokus.

Selain itu, pelaksanaan program ini turut membuka peluang kepada golongan belia untuk lebih celik teknologi serta mengadaptasi penggunaan AI dalam pelbagai aspek pengurusan dan kepimpinan organisasi. Inisiatif penggunaan bersama teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dilihat mampu meningkatkan kecekapan organisasi, khususnya dalam memperkasa pembangunan belia di peringkat daerah.
Usaha berterusan diharapkan akan dilaksanakan bagi memperluaskan penggunaan teknologi AI dalam kalangan organisasi belia, dengan harapan dapat melahirkan generasi muda yang berdaya saing, inovatif dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Majlis perasmian penutup program telah disempunakan oleh YABrs. Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search