PBSD TUMPAT TERUS KOMITED DALAM MEMPERKASA PEMBANGUNAN SUKAN PERINGKAT DAERAH

TUMPAT, 5 April 2026 – Sesi kunjung hormat oleh wakil Wijaya Football Club telah diadakan ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat pada 2 April 2026 sebagai usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam pembangunan sukan dan belia di daerah ini.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh pegawai-pegawai PBSD Tumpat dengan sesi perbincangan tertumpu kepada perancangan dan pelaksanaan program sukan, pembangunan bakat atlet muda serta penglibatan aktif golongan belia dalam aktiviti sukan.

Selain itu, perbincangan turut merangkumi cadangan penganjuran program bersama serta usaha memperkasakan jaringan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan sukan di daerah ini.
Pihak PBSD Tumpat menyambut baik inisiatif kunjungan tersebut dan menyatakan komitmen berterusan dalam menyokong usaha pembangunan sukan yang inklusif dan berimpak tinggi kepada komuniti setempat.

Diharapkan hasil daripada sesi kunjung hormat ini akan dapat memperkukuhkan hubungan dua hala serta merancakkan lagi pelaksanaan program sukan dan pembangunan belia di Daerah Tumpat.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search