- JBS Kelantan
- Hits: 13
LAWATAN PENGARAH BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN PERKUKUH TADBIR URUS PBSD PASIR PUTEH
- JBS Kelantan
- Hits: 13
PASIR PUTEH, 2 APRIL 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh telah menerima lawatan daripada YABrs Encik Saipudin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 31 Mac 2025 yang lalu.
Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bersama warga kerja PBSD dalam suasana penuh mesra.
Lawatan mengejut (AP309) ini diadakan bagi memastikan pengurusan pentadbiran pejabat sentiasa mematuhi peraturan dan teratur. Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan pihak pengurusan tertinggi dalam memastikan setiap pejabat daerah sentiasa mengamalkan tadbir urus yang cekap, telus dan berintegriti.
Selain itu, diharapkan kunjungan ini dapat memberi suntikan motivasi kepada seluruh warga PBSD Pasir Puteh untuk terus meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memperkasa pembangunan belia dan sukan di daerah ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
