- JBS Kelantan
- Hits: 8
PERBINCANGAN STRATEGIK MELAHIRKAN PEMIMPIN BELIA
- JBS Kelantan
- Hits: 8
PASIR PUTEH, 2 APRIL 2026 – Satu sesi temu mata dan perbincangan telah diadakan antara YM Engku Juliani binti Engku Mokhtar, Setiausaha Pertubuhan Profesional Muda (PROMUDA) bersama Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Pertemuan ini bertujuan memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam usaha melahirkan lebih ramai golongan belia yang aktif serta melibatkan diri dalam persatuan belia di daerah Pasir Puteh.
Selain itu, perbincangan turut memberi penekanan kepada pembangunan kepimpinan belia yang berpotensi melalui penyertaan dalam program, latihan dan aktiviti yang mampu membentuk sahsiah, keyakinan diri serta kemahiran kepimpinan.
Kedua-dua pihak turut berkongsi pandangan dan cadangan bagi memperluaskan penglibatan belia dalam pelbagai platform pembangunan, seterusnya melahirkan generasi pemimpin muda yang berkualiti dan berdaya saing.
Diharapkan hasil pertemuan ini dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam membentuk lebih ramai pemimpin belia yang mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti dan daerah Pasir Puteh secara menyeluruh.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
