TAKLIMAT ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) DIADAKAN DI SMK TOK JANGGUT

PASIR PUTEH, 2 APRIL 2026 – Satu sesi taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut yang melibatkan penyertaan pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Puan Emi Zurina binti Abd Aziz, Pembantu Belia dan Sukan. Dalam sesi tersebut, beliau telah memberikan penerangan berkaitan konsep, komponen serta kaedah penyertaan pelajar dalam program ARPRM.

Selain itu, para pelajar turut didedahkan dengan pelbagai kelebihan menyertai program ARPRM, antaranya membantu membentuk sahsiah diri yang lebih baik, meningkatkan keyakinan diri, memupuk semangat kepimpinan serta menggalakkan penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan.

Program ini diharap dapat memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai kepentingan penglibatan dalam program pembangunan belia serta memberi peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi diri secara menyeluruh melalui penyertaan dalam Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search