PBSD DAN PPD MACHANG PERKUKUH KERJASAMA, JAYAKAN PROGRAM INSPIRE i-TALENT 2026 PERINGKAT DAERAH

MACHANG, 21 April 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang hari ini mengadakan satu perbincangan strategik bagi menyelaras pelaksanaan Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Machang 2026.

Pertemuan yang berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang ini bertujuan untuk memperincikan gerak kerja pencarian dan pembangunan bakat sukan dalam kalangan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) di seluruh daerah ini.

Sesi perbincangan tersebut dihadiri oleh Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang, bersama Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan PBSD Machang. Manakala pihak PPD Machang diwakili oleh Puan Nazatul Mazliana binti Mohd Zain, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Khas.

Turut hadir bagi memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif ini ialah Encik Mohd Hazmi bin Ariffin, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembangunan Murid PPD Machang.

Program Inspire i-Talent merupakan inisiatif nasional yang dibawa ke peringkat daerah sebagai langkah mencari bakat-bakat sukan baharu dalam kalangan OKU terutamanya bagi yang bercita-cita untuk menjadi atlet paralimpik negara

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search