- JBS Kelantan
- Hits: 20
PERBINCANGAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA 2026 DAERAH TANAH MERAH PERINCI GERAK KERJA PELAKSANAAN
- JBS Kelantan
- Hits: 20
Tanah Merah, 20 April 2026 – Sesi perbincangan bagi program Semarak Hari Belia Negara 2026 Peringkat Daerah Tanah Merah telah diadakan sebagai persediaan awal menjelang pelaksanaannya yang dijadualkan pada 13 Mei 2026.
Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah serta dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah.
Fokus utama perbincangan adalah kepada penyelarasan senarai tugas dalam kalangan pegawai dan kakitangan bagi memastikan setiap aspek pelaksanaan program dapat diurus dengan teratur dan berkesan. Pembahagian tugas yang jelas dilihat penting bagi menjamin kelancaran perjalanan program serta mengelakkan sebarang kekeliruan sepanjang pelaksanaan nanti.
Selain itu, turut dibincangkan keperluan logistik, pengisian aktiviti serta kaedah pelaksanaan program yang bersesuaian dengan penglibatan golongan belia di peringkat daerah.
Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail dalam ucapannya menekankan kepentingan komitmen serta kerjasama semua pihak dalam memastikan program Semarak Hari Belia Negara 2026 dapat dilaksanakan dengan jayanya dan memberi impak positif kepada pembangunan belia setempat.
.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
