- JBS Kelantan
- Hits: 8
LAWATAN STRATEGIK KE PROJEK TERNAKAN LEMBU USAHAWAN BELIA TANAH MERAH
- JBS Kelantan
- Hits: 8
Tanah Merah, 19 April 2026 – Satu lawatan ke projek usahawan belia ternakan lembu telah diadakan di Bukit Tebu, Tanah Merah bagi meninjau perkembangan serta potensi industri penternakan dalam kalangan belia tempatan.
Usahawan yang terlibat, Saudara Mohamad Riduan bin Muhammad, berusia 30 tahun, merupakan antara belia yang giat mengusahakan ternakan lembu secara komersial di kawasan tersebut. Beliau dilihat berjaya menguruskan projek ternakan dengan baik serta berpotensi untuk terus berkembang pada masa hadapan.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Encik Wan Abdul Rahman bin Haji Wan Ismail, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah. Beliau menyatakan bahawa pihak pejabat sentiasa komited dalam menyokong dan memperkasa usahawan belia, khususnya dalam sektor agro yang mempunyai potensi besar untuk menjana pendapatan dan meningkatkan ekonomi setempat.
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk memberi sokongan moral serta melihat secara dekat pengurusan dan operasi penternakan lembu yang diusahakan oleh usahawan belia. Selain itu, lawatan ini juga menjadi platform untuk bertukar pandangan serta berkongsi idea bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing dalam sektor agro.
Lawatan ini diharap dapat memberi dorongan kepada Saudara Mohamad Riduan bin Muhammad serta menjadi inspirasi kepada belia lain untuk menceburi bidang keusahawanan berasaskan pertanian dan penternakan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan oleh : Urus setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tanah Merah
