- JBS Kelantan
- Hits: 10
LAWATAN KERJA RASMI YBHG. DATO’ KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI KELANTAN
- JBS Kelantan
- Hits: 10
MACHANG, 19 April 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan telah menerima lawatan kerja rasmi daripada YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 16 April 2026. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan di peringkat negeri serta memperkukuh penyelarasan dasar dan inisiatif kementerian di lapangan.
Turut hadir mengiringi beliau ialah Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali, Setiausaha Pembangunan KBS, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSN Kelantan; serta Encik Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah.
Lawatan ini turut disertai oleh wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang iaitu Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang.
Sepanjang lawatan tersebut, YBhg. Dato’ Ketua Setiausaha telah diberi taklimat berkenaan pencapaian semasa, cabaran pelaksanaan program serta hala tuju strategik JBSN Kelantan. Selain itu, sesi perbincangan turut diadakan bagi mengenal pasti langkah penambahbaikan dalam usaha memperkasakan pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
