SESI SIMULASI UJIAN i-TALENT PERINGKAT DAERAH 2026

MACHANG, 19 April 2026 – Sesi Simulasi Ujian i-Talent bagi pelaksanaan Program Inspire i-Talent Peringkat Daerah Tahun 2026 telah diadakan pada 12 April 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan.

Sesi simulasi ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Unit Pembangunan Sukan, JBSN Kelantan yang diketuai oleh Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), JBSN Kelantan. Pelaksanaan simulasi ini bertujuan memastikan kelancaran serta keberkesanan ujian i-Talent sebelum dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat daerah.

Program Inspire i-Talent merupakan satu inisiatif strategik dalam mengenal pasti dan membangunkan bakat sukan secara lebih sistematik dan inklusif. Program ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan bakat sukan yang lebih menyeluruh serta berdaya saing, selaras dengan usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Turut hadir dalam sesi ini ialah Puan Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Machang bersama Encik Zaharuddin bin Zainal, Pegawai Pembangunan Sukan Daerah Machang

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 12-05-2026, 16:44:17

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search